Wednesday, January 19, 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

tajuk post bukanlah perkara utama untuk dihuraikan.keghairahan untuk menonton wayang sangat kurang sekarang walaupun bila tiba filem baru macam beruk disimbah belacan.
tapi akhirnya semua jadi sia-sia.lain yang dirancang lain yang jadi.
tapi kalau bab makan tak pernah gagal lagi.hebatkan?

dari kecik sampai lah besar gedabak la ni.cerita hantu memang tak boleh dipisahkan.ibarat dimana kita pergi disitu jugak cerita hantu nak muncul.kalau berborak sama teman taulan di malam hari mesti tak lekang dari mulut nak bercerita macam hantu.macam-macam versi yang keluar.itu belum lagi versi time sekolah rendah.memang merapu habis dan kelaka pun ada.

bila member nie pergi tandas seorang diri untuk melepaskan hajat yang terpendam.selesai segalanya dan mahu keluar tandas tetibe pintu jamban jiran tertutup dengan sendiri.pergh boleh lah bayangkan wajah seorang penakut.berlari melulu kedalam kelas.tujuan??

'oii tadi aku nak keluar tandas pintu tandas sebelah tutup sendiri wei'

ok rakan sekelas seperti tidak mahu melepaskan peluang.kalau boleh nak jemput sekali wartawan mastika membuat liputan.tapi.....

makcik cleaner sedang membersihkan jamban sebelah!

kalau lah boleh kembali pada ketika itu.memang kene cepuk lah budak yang buat cerita tue.

================================

1st time masuk asrama...1st time lah merasai kehidupan asrama.masa minggu pertama dekat asrama ada seorang senior nie suka lepak dorm kiteorang bila habis waktu prep. dia lah yang mengenalkan cerita-cerita hantu yang 'katanya' pernah terjadi pada tahun-tahun sebelumnya.
ini antara versi yang pernah aku dengar dari mulut dia:

1. hantu loker
hantu ini dikatakan suka duduk atas loker.hanya separuh badan saja yang muncul.maknanya kepala dia nampaklah.hantu nie jenis yang pandai teka siapa yang tak tidur lagi.siap disebut no katil budak tue.senior nie pun bagi petua.kalau nampak hantu nie terus telangkup muka dengan bantal jangan bukak-bukak sampai siang. kalau bukak sebelum siang mesti hantu tue bertengkek depan muka.apa reaksi anda jika hal itu terjadi pada diri sendiri? tapi selama aku duduk asrama tak pernah jumpa pun.

2.hantu rambut panjang bertengek atas katil.
memanglah hantu rambut panjang.ada ker hantu rambut macam rihanna? rambut macam artis2 korea? tapi mungkin ada kot.tinggal masa untuk ditranformasikan. senior tue cakap hantu jenis macam nie suka lepak atas katil terutama bila budak sedap-sedap tidur lepas tue terjaga nak pergi tandas ke apa.bila budak nak tidur balik time tue lah hantu buat kerja dia.dengan rambut panjang mengurai lepas tue mata merah menyala merenung budak itu. kalau anda berada dalam situasi itu...apa yang harus anda buat?

a. duduk sebelah hantu tersebut sambil puji memuji rambut hantu yang tercantik sekali.tanya adakah dia menggunakan syampoo yang direka khas oleh pakar rambut sunsilk?

b. bertanya di mana hantu tersebut dapat lense merah menyala lagi menawan.

c. baik berambus dengan mulut terkumat kamit membaca ayat-ayat al-quran

tapi yang sebenarnya hantu adalah senior aku tue.bercerita bukan main lebat.sebenarnya datang nak merembat barang-barang budak junior.macam gampang! kesian handphone member kena hangkut dengan senior tue.DASAR HANTU!!!!

=======================================

'cu meh lah sinie(tingkap) nek ada jual nasi lemak nie'

kalau budak universiti mesti tahu dialoag tue.orang kata nenek nie sangat prihatin.macam tahu-tahu jek budak hostel jenis kelaparan tengah malam.padahal dinner sebelum tue dah melantak bagai kat kafe. kesian nenek nie.berniaga tingkap ke tingkap setiap aras.pergh hebat sungguh nenek nie.budak yang beli pulak sangat teruja bila nenek nie jual makanan.bila time nak makan nasi lemak tue jadi himpunan ulat.mula lah menyumpah nenek tue balik.

'nenek jual nasi lemak tak berniaga jujur,lain kalai klu jual ulat cakap jerlah jual ulat.asl nak menipu pulak'

ok.sebenarnya nenek yang datang itu adalah tergolong dalam kumpulan hantu jugak.boleh dikatakan kebanyakkan universiti ada sutdent dia mengalami situasi.biasanya budak-budak golongan kelawar yang jenis berjaga malam.dekat universiti aku katanya pernah terjadi.tapi tak pasti lah pulakkan samada betul ke tak.cerita-cerita macam nie biasa dah bertokok tambah nak pulak kalau kata jadi 15 tahun lepas...setiap tahun mesti ada bahan tambahan yang menyedap cerita itu.macam korang selalu beli nasi campur dekat kafe.mula korang amik apa dulu???
nasi kan?? elok saja warna nasi putih.lepas tue singgah kuanter lauk-pauk amik itu amik ini.
apa jadi dengan warna nasi tue tadi? bercampuk aduk kan?
macam tue lah cerita-cerita hantu yang biasa kita dengar dari mulut ke mulut.
yang pasti............JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!!

*bajek misteri nusantara pulak



ingat nak letak gambar hantu yang lawa-lawa ke
sekali terjumpa 'hantu' nie pulak
hahahahah
nie bukan hantu.nie pelakon filem hantu kak limah balik rumah
ok lah kan.buat clean celan eye!


nie baru betul-betul hantu!!!!!!!



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home