Monday, February 21, 2011

2 PERKARA.............. BACA DALAM KEWARASAN YANG SEMPURNA.

sedar tak sedar dah 3bulan aku kerja kat hotel. even gaji tak seberapa tapi aku rasa ok lah nk menampung diri sendiri. sampai bila aku nak melepak kat rumah sambil menternak lemakkan.
kalau lah duduk sahaja kat rumah mendatangkan wang berjuta-juta itu aku sanggup.
tapi kalau kau bukan datang dari keluarga senang bawa2 lah sedar diri.

selama aku kerja nie macam-macam lah benda yang aku dah jumpa. baru tahu bila kita dah bekerja kena keluar keringat sendiri semata-mata nak dapatkan gaji di hujung bulan nanti.
kalau gaji kau lebih dari cukup.syukur. tapi kalau jenis gaji cukup-cukup takat leher jek. perghh memang mengerah keringat betul nak cari pendapat tambahan. macam aku walaupun gaji tue aku guna untuk diri sendiri( ada jugak bagi kat emak beli barang dapur walaupun sikit) tapi kadang2 memang rasa tak cukup. tipulah kalau kau rasa bila dapat gaji selonggok depan mata ko tak nak beli itu beli ini...kalau boleh nak setiap hari nak makan kat old town coffee. kalau boleh bila dapat gaji terus nak pergi kedai handphone beli blackberry idaman. dapat pulak nak pergi setiap cerita baru yang keluar kat panggung.

sebenarnya bila difikirkan balik kalau pandai menguruskan duit gaji semua benda kita boleh buat kalau pun gaji yang kau dapat tue sikit. orang kata ukur baju badan sendiri. kalau dah tahu gaji tue tahap-tahap rm1000 jek sebulan, jangan lah pulak hidup macam gaji rm3000-4000 sebulan. itu yang jadinya semua benda tak cukup. orang kata biarlah berpada-pada. tapi itu hanya lah pepatah. kalau dah keinginan tue melampui segalanya, siapa boleh halang. nanti disoal pulak. duit kau ke???????

masa kecik-kecik bila sesuatu yang kita nak tak ditunaikan oleh mak ayah mesti kita rasa mereka sangatlah kedekut. mesti nak banding anak jiran sebelah ada PS1.... ada pulak vcd player.. mesti nak cakap mak ayah mereka baik belikan itu ini...tapi bila kita dah bekerja nanti dan ada tanggungjawab sendiri terhadap keluarga baru rasa apa yang emak ayah kita rasa.
macam-macam benda yang nak kena fikirkan dan perkara2 mana yg perlu diutamakan dan diketepikan.


kalau tadi bercakap pasal gaji sekarang bercakap pasal rakan sekerja. aku post status tue kat fb petang tadi. ada yang respon tanya kenapa. sebenarnya status tue memang aku tulis tentang kat tempat kerja aku. bahagian receiptionist kat hotel aku ada 3 orang pekerja termasuk aku. 2 lelaki 1 perempuan. kalau orang tengok mesti cakap pekerja tak ramai mesti boleh ngam antara 1 sama lain. tapi bagi aku tak. bila sikit tue lah jadi masalah. mula2 kerja boleh get along together. tapi bila dah lama2 masing2 buat hal. aku kalau bab datang lambat kerja ke apa boleh terima lagi. tapi kalau bab cuti dan duit memang aku waspada betul. sebut pasal cuti, syiff kitorang ada 3syiff dan dalam seminggu setiap orang dapat cuti sehari. tapi masalah yang timbul bila pekerja lama request cuti wajib dia hari ahad. so setiap hari ahad mesti dia cuti. so macam mana dengan pekerja lain kalau nak cuti hari ahad jugak. alasan dia bagi kat manager kalau cuti hari biasa takda apa nak buat kat rumah. habis pekerja lain taknak pulak cuti hari ahad???
nampak sangat tak semangat kerjasama dalam pasukan. memikirkan diri masing2 untuk kepentingan peribadi. hal nie memang biasalah berlaku. kalau kerja profisyen mana2 pun hal macam nie mesti ada gak.

kes terbaru bila pekerja lama nie songlap duit deposit pengunjung hotel. setiap kali pengungjung check-in kat hotel mesti bayaran beserta deposit. so bila mereka check-out deposit nie dikembalikan semula. tapi si songlap nie amik duit deposit bila pengjung lupa nak mintak. bila orang tue datang balik nak ambil deposit kawan aku tue boleh diputar alam cerita dia kata aku yang ambil deposit tue. aku bukanya bodoh nak buat kerja macam tue. sah2 lah kat kuanter tue ada cctv. ingat bos aku percaya apa tuduhan dia buat. bila dah tengok cctv. kantoi bangang!!! dan tak boleh bla kantoi yang lain2...macam kes bilik dah check-out awal lepas tue kawan aku tue bagi sewa pulak kat orang lain dan duit sewa dia ambil siap masuk wallet dan pastilah lah tak buat record. kalau duit ambil tapi buat record kantoi bodoh2 pulak kan. tapi bak kata pepatah sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home