Wednesday, February 2, 2011

MUSIBAH HIDUP....PERLU HADAPI DENGAN SENYUMAN

bila panas terik sampai terasa atas kepala mulut pantas berkata "kan elok hujan2 panas mcm nie."
bila hujan tak turun henti-henti mulut laju jek cakap " aduh hujan plak. mcm mana nak jalan2 nie. matahari sila lah muncul "

rumah saya banjir. 1 taman ditenggelami air. tapi masih ok lagi kalau berbanding dengan segamat. paling kurang semua ahli anggota keluarga dan barang-barang di rumah masih selamat tidak dimusnahkan oleh banjir. bersyukur kepada allah.






nasib rumah double storey...so semua boleh dihumban ke atas..



mula tertanya siapa yang datang nie?????



dato wira ali rustam datang melawat dowh. terharu gila. tapi tinggal tak nangis. macam mengada pulak. tapi sumpah macam tak percaya. baik sungguh siap dapat limau lagi. ingatkan macam sombong2 ke apa. sporting kot.hehehhehh



mungkin ini yang pertama dan terakhir mak saya naik benda alah nie. tapi nak buat macam mana. kalau redah banjir yang paras lutut pasti bila malam kaki lenguh. so pilihan terbaik NAIK!!



terima kasih uncle walaupun hampir jatuh dalam air tapi jasa anda ingat sampai bila-bila.


ok lepas nie misi mengemas rumah. siapa rasa kekurangan pahala boleh lah tolong menolong kami.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home