Friday, February 11, 2011

YANG HIDUP PASTI PERGI

(mainkan lagu ini sebelum membaca)

mintak maaf kalau rasa diri sudah lama tidak singgah di sini
memang malas nak update dan kerja melampuh. kang sibuk memblog kerja pulak tak siap
sampai terjadinya keadaan itu pepatah melayu " yang kejar tak dapat yang dikendong berciciran"
memang sesuai diaplikasikan.

btw minggu yang sangat menyedihkan. setelah menangung sakit yang agak lama. nenek kesayangan kami sekeluarga mengadap illahi. pernah dibuat post mengenai nenek. kalau mahu mengimbas kembali boleh pergi ke nenek1 dan nenek2
sungguh tak sangka nenek pergi begitu cepat. tapi takdir tuhan siapa boleh mengelak, siapa boleh menghalang, kalau dia lebih menyayangi nenek. kita redha sahaja. mungkin lebih terbaik untuk nenek di alam sana. tapi allhamdulliah. ketika nenek nazak semua orang ada disekeliling. tapi sedikit terkilan untuk aku sebab tidak ada bersama semasa nenek menghembuskan nafas terakhir. mungkin tiada rezeki.

bukan nak riak atau untuk dijadikan bahan angkuh tapi selepas nenek menghembuskan nafas terakhir mayat dia wangi sangat. mula-mula aku pun tak perasan. tapi lepas adik aku cakap aku baru perasan. lepas tue masa nak kapan dia, nenek senyum. aduh menitis air mata. sekian lama kami tak pernah nampak dia senyum sebab menanggung kesakitan mungkin hari itu allah memberi peluang terakhir untuk melihat arwah berbuat demikian. besar sungguh kurniaan mu allah.


ini gambar terakhir emak dengan nenek. raya tahun lepas.
ingat nak pergi print kedai jadi sekeping gambar. tapi tak sampai hati nak bagi emak. nanti mesti dia nangis. masa nenek meninggal hari itu memang dia tak nangis sangat. tapi aku pasti mesti dia akan nangis sorang2 bila dia duduk sorang2.

hajjah mariam binti runding
meninggal pada 10/2/2011 12.00 tgh hari.
al-fatihah


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home