Thursday, December 23, 2010

PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR.............

tahniah kepada mereka yang mendapat straight A' s dalam PMR tahun ini
lepas nie boleh lah menuntut apa yang patut kepada parents anda
mungkin blackberry touch or ipad menanti atau mungkin i-phone
perghhhh agak hilang waras kalau ada yang tidak cemburui
tatkala hadiah-hadiah itu terhidang didepan mata-terhidang?? ok kantoilah bm pmr teruk!

soalan PMR BAHASA MELAYU KERTAS 2 2020:

dengan menggunakan frasa "PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR" nyatakan 10 perkara mengenai pernyataan itu.

1.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR nenek saya berjanji akan memberi rm10 bersamaan untuk satu matapelajaran yang dapat A.perghhhh ketaksuban untuk belajar menjadi membuak-buak.tapi ianya sangat tak bertahan.tak istiqamah langsung!

2.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR time tue lah malaysian idol ditayangkan kat malaysia.so setiap hari jumaat malam mesti bertengkek depan tb.bila dengar motor abah balik dari kerja berlari masuk bilik buat-buat study.sebab kalau bertengkek kat tb tatkala abah masuk rumah sah2 lah dapat syarahan free.lepas tue pulak bile result show malaysian idol pada hari ahad malam.intai2 lagi kalau abah dah tidur boleh lah tengok.kot melepas....sah2 lah tajuk bualan kat sekolah pada pagi esok:

"ehhh siapa yang keluar semalam ar"
"ehhh suara dia sedap lah...cuma sedap sikit jek dari suara katak puru"

3.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR lepas habis sekolah pukul 2petang.bukan main rajin "stay-back" kat sekolah.tujuan nak study berkumpulan konon.nak buat homework sama-sama walaupun yang buat sorang tapi yamg meniru ramai.hahhahahaha.hobi melepak kat gerai jual air kelapa memang jadi singgahan wajib bagi kami.

4.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR saya pergi kelas tuisyen luar.tue pun puas lah dipaksa abah.walaupun sudah rasa belajar di sekolah mencukupi...tapi abah tetap rasa tak puas hati.so setiap hari sabtu dan ahad adalah waktu wajib untuk pergi tuisyen.so waktu nak melepak sangat lah terhad.dan terasa sangat lah takda waktu nak bergolek2 tidur sampai lebam.sentiasa sematkan didalam hati....kejayaan memerlukan pengorbanan!!!!!

5.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR pusat tuisyen saya ada program ceramah kejayaan dan pasti tajuk ceramah saya tak ingat sebab leka dengan kawan sebelah.tetibe dalam ceramah tue
minta kami duduk sebelah ibu-bapa.perghhhh apa lagi mereka mula mengayat ceramah yang boleh menitiskan air mata.aku memang lemah kalau bab2 menyentuh hal2 ibu-bapa ni.menginsafkan betul....tapi biasalah remaja tak sedar diri ni.insaf seketika....tapi hua hua dia samapi tak ingat dunia.

6.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR kebanyakkan sekolah pasti buat solat hajat untuk mintak keberkatan menjawab exam tak kira lah pmr...spm....or stpm...bila buat solat hajat mestilah lah cakap apa yang diminta.nie tak.boleh pulak cakap sakit tengkuk sebab imam tue sujud lama sangat masa rakaat terakhir.sengal sungguh! hahahhahaa

7.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR saya pakai kasut baru pada hari pertama.biasa kalau 1st day mesti paper bahasa melayu.orang kata amik semangat nak exam.kahkahkah!

8.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR................ seperti biasa.saya jawab exam mesti tak cukup bagi jawapan seperti kehendak soalan.kalau mintak 10 mesti paling busuk jawab 8.contoh seperti post ini.hahahaahhah.ok dah takda idea nak tulis untuk no 9 dan no 10.

time nak amik result????
perghhh jangan cakap lah berdebar
part paling best.
dah kumpul kat kantin sekolah waktu pagi nak amik result
sekali pengetua datang.....dia kata petang daaa
aduii bertambah debaran lagi
tapi bila dah dapat
amik kau
ok segan kot nak share ngan korang result aku
tapi nenek aku bagi rm60.
hahahahahahhahahhah

ingat nak google pic tentang gambar2 budak berjaya dalam pmr
google punye goole
dapat pic ni

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


cissss macam haram!
apa punya orang lah buat keywords dalam pic nie
nie semua nak rating tinggi nie
korang tak percaya pergi google pic
taip PMR

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home