ASRAMAKU SYURGAKU....SEMUA BANGUNAN ASRAMA ADA TULIS MACAM TUE.PERCAYALAH.
sebenarnya dah pernah pun tulis pasal asrama nie
kalau tak percaya tengok post ini
tapi dalam post itu lebih pada suasana di asrama
so kali nie nak spesifik pada keadaan dalam dorm
penggunaan perkataan spesifik macam nak mengambarkan sesuatu yang berkaitan dengan sains.
takpa abaikan
pemeriksa spm tidak melakukan pemarkahan disini
bila sebut pasal asrama sekarang
saya takkan lupakan apa yang abah amanatkan kepada saya
lebih kurang berbunyi begini
'kalau kau tak nak kena keluar dari sekolah tue............."
1.jangan panjat pagar asrama.maksudnya tak boleh "fly" macam kawan2 buat masa nak makan kat luar pada waktu malam disebabkan band2 indie dalam perut mula rancak bergig.pada mereka2 yang takut untuk melakukan cukuplah sekadar menghirup air sejuk dari water cooler di setiap block asrama sementara menanti hari siang untuk bersarapan.kalau ternampak kawan sedang makan maggi buat2 lah borak bertanya soalan walaupun kawan dah tahu sebenarnya nak 'ngecek' maggi tue.taktik lapuk betul!
2.jangan sekali-kali hisap rokok.maksudnya sekali hisap rokok tak boleh...tapi kalau 2 kali hisap rokok abah benarkan???.ok memang salahlah pemahaman disitu.tapi saya memang tak hisap rokok time di asrama.sebab kalau kantoi mesti kena 'prep' kat sebelah bilik warden.sangat lah rasa hipokrit belajar tipu2.
nie semua ahli dorm saya masa form 5
kira time tue dah jadi senior lah
saya adalah ketua dorm
hebatkan...ketua dorm je pun tue pun sendiri jadi
sebab masing2 semua mengjauhi diri untuk pegang title tersebut
alasan nanti apa2 yang berlaku ketua dorm kene dulu
sebab tue aku kata aku hebat!
hahahaahahhaha
gambar ini diambil selepas post part american music award
ok tipu.annual dinner STTJ kot
hahahahahahahhahaha
bila cerita pasal kebersihan dan kecerian bilik
rasanya dorm budak lelaki ini paling sesuai pun kebersihan bilik je
bab2 nak menghias memang tak boleh nak mengalahkan asrama perempuan
kadang tue menjadi kehairanan
tak rimas ke bilik bersuana warna warni
sana pink... sini biru laut.... kipas yang berputar siap ada lingkarang nyamuk
bila tengok lama-lama mula rasa tingtong dan terlelap...mungkin itu tips untuk tidur kan.
tengok betulkan?
kalau siang memang bersih bersinar-sinar umpama mutiara
bila malam.ibarat tongkang pecah tanpa arah tujuan
nasib baik kesungguhan study boleh dijadikan alasan untuk menutup kesilapan
siapa yang kene akhirnya
ketua dorm jugak!!!!
orang di dalam gambar bukan tujuan asal untuk dicapapkan
tapi tengok lah latarbelakng yang dipamerkan
kalau national geography buat liputan di sini.
memang sesuai lah tajuk NATURAL DISASTER diabadikan!
hahahahahahah
*untuk menutup malu*
sebenarnya bukan selalu pun macam tue
kalau time exam jek baru tonggang langgang
kalau hari-hari biasa
memang bersih
hari-hari mau mop lantai
hari mahu lap tingkap
hari mau tukar susunan katil
tapi semua tue junior yang kena buat
tapi bukan aku suruh!!!!!!
hahahahahahhhahahah
bila budak-budak asrama perempuan tidur bersama(bukan melakukan seks)
orang mesti tak kisah
'alah biasa lah perempuan...penakut..mesti nak tidur berteman'
'alah biasa lah perempuan.....nanti nak pergi toilet senang nak kejut kawan sebelah'
tapi cuba kalau budak-budak asrama lelaki tidur bersama
jawapan ringkas
'gay'
memang takda lah jawapan lain yang boleh keluar selain jawapan itu
mungkin pilihan jawapan lain tidak menepati citarasa kot.
hahahahahhaahhahaa
gay ke macam ini????
ok nie bukan gay yer
ini dugong2 kepanasan bergelimpangan tatkala bermimpi sesuatu yang ngeri!
hahahahahahahahhha
masing-masing muka nak manja bercicahkan wajah jambu
padahal misai dah bersepah
hahahahahahahaaha
mereka ini antara yang baik dengan aku jugaklah
masing2 lain kos
yang nak menerima sudu tue nama dia hazwan.blogger jugak.pergilah usha dan follow dia ok.
yang tersepit antara dua tue nama dia faiz.dari budak mekanikal.kecik2 sahaja.tapi siapa tahu walaupun badan dia kecik..tapi ada yang besar tentang diri dia.hahahahaaha
yang tengah menyudu tue budak awam nama dia nazrein
dengan dia nie ada something yang aku tak boleh lupa sampai sekarang
terima kasih lah syahira diana mengingatkan aku benda tue.hahhahahah
style kan???
ditambah dengan material kerusi bergelimpangan
tuala mandi lembap berterabur di lantai.
memang hasil kerja seni paling halus!!
member aku punyer loker nie selalu jek kene bahan
"nie letak gambar awek korea buat modal lah nie"
ok jangan tanya apa maksud dia
aku pun tak paham!
hahaahahahahahahahah
in memory
*ahlock*ayien*pzol*pijie*kuring*hafiz aka kabut*majdan*iedan*gaban aka hazwan*a'an*shahril*kuyu awam*shahidul*ijat*
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home