Friday, January 21, 2011

HABIS MADU SEPAH DIBUANG

kalau tanya setiap orang dalam dunia nie, mesti semua terlintas dalam fikiran mahu hidup senang lenang tanpa perlu bersusah payah mengeluarkan keringat demi mencari wang.
kalau boleh dengan hanya mengoyangkan kaki sahaja duduk di kerusi malas terus menjana berjuta-juta duit tanpa perlu mengaduh kepenatan.tapi lumrah kehidupan manusia
tiada sesuatu yang mudah digapai tanpa melalui satu kepayahan yang kadang kala dirasakan ujian itu memang tidak setimpal.tapi kita perlu ingat setiap dugaan yang terjadi allah mahu menguji iman seseorang.tidak seorang pun yang diuji melebihi kemampuan diri.allah sahaja yang tahu.

masa sedang dalam perjalanan ke tempat kerja mata pulak jenis melilau ke dalam buku.tetiba tajuk depan harian metro menjadi perhatian untuk di lihat lebih dekat sekali.walaupun tajuk depan metro selalu menyiarkan tajuk 'panas' dan 'sensasi'.tapi kali ini lagi lah menarik untuk dibaca.ok tak beli pun.apa guna ada metro online dari menghabiskan rm1.50.
*berkira betul.

bila membaca isi berita tersebut aku sebenarnya pernah membincangkan hal-hal sebegini dengan kawan-kawan terutamanya yang perempuan.selalu dijadikan bahan jenaka dan gelak ketawa untuk sesi masa lapang.mungkin antara mereka hanya sekadar gurauan atau pun matlamat hidup untuk dikongsi bersama rakan.setiap apa yang kita mahukan semua kebaikan yang kita harapkan tanpa perlu memikirkan keburukan yang mungkin lebih besar dari kebaikan.
erhmmmm bila terbaca artikel dalam metro tue aku sempat berfikir seketika.melihat kesan buruk yang datang amat memberi impak negati dalam diri mangsa.mungkin kita sebagai pembaca hanya menilai dari apa yang kita baca.tapi mungkin dari diri mangsa mungkin ada sesuatu yang kita tidak tahu.

mesti ada tertanya-tanya apakah yang cuba disampaikan
apakah yang cuba ditonjolkan
apakah yang ingin dingkapkan


apakah pandangan anda?
boleh jawab di ruangan komen atau anda tulis di blog anda sendiri.
saya akan baca.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home