Tuesday, January 4, 2011

NEW YEAR 2011


bila tiba tahun baru
mula lah buat wishlist yang seperti menunjukkan diri ini hangat-hangat taik ayam
tapi dalam banyak2 wishlist tahun lepas hanya 2 sahaja yang lepas
mulalah diri menyalahkan keadaan sekeliling
tapi tanpa disedari rupanya diri sendiri yang salah
ibarat mak suruh beli beli gula melaka...tapi diri pulak pergi beli gula pasir
bila balik rumah mak kata salah...tapi disalahkan emak pulak salah memberi arahan.
sah telinga tuli!


hajat pertama:



tak perlu huraian panjang lebar apa hajat pertama ini
gambar diatas sudah menerangkan apa yang patut
mula tertanya.kenapa hajat pertama ini tidak berhasil tahun lepas


adakah kerana ketidakmampuan saya mengupah trainner seperti mereka??
serius mereka sangat agresif didalam tb.
tetiba jek terbayangkan diri sendiri dalam program tersebut
terkedek2 naik pentas timbang berat
lepas itu tanpa perasaan malu lagi segan membuka baju menayangkan body 'cantik'
kemudian bila rasa fedup pada diri sendiri
mulalah drama air mata menyentuh perasan mengharap trainner berlembut hati membawa kejutan double cheese burger 1 set besar! perghh permintaan melampau
ok....you were voted out today!
besok keluar paper.
'kesian si jumbo!'


bak kata pepatah
dimana ada kemahuan disitu ada jalan
ok lunch tadi makan sandwich bersalad ungu
satu perkembangan positif
walaupun ada yang komen

'alah setakat buat celah gigi boleh lah'
'tue lunch ke or makanan pembuka selere?'

terima kasih keprihatinan anda ok!
saya terima hati terbuka


hajat kedua:


hajat tahun lepas semoga hasrat untuk habis belajar dengan jayanya
lepas tue mahu konvo
then sambung belajar balik
so hajat kedua : sambung belajar lagi
masih tak bersedia untuk menempuh alam pekerjaan
sempat memikirkan buruk baik bila dah bekerja nanti
paling nampak ketara bila dah bekerja...mesti malas nak sambung belajar balik
nak2 pulak bila gaji dah sedap pikir pulak nak kawin
jika tiada perancangan keluarga berderat lah anak untuk diuruskan
so bila masa nak sambung belajarkan??
tapi itu pendapat sendiri..kalau rasa tidak setuju jangan lah bukak fake fb acc
I HATE IMZAINIEYZULKIPLI!!!!
itu tak baik punyer!!!!!!!!!!


hajat ketiga:


diri bukan jenis yang suka bertukar handset tatkala tahun baru menjelang
perasaan diri sangatlah mengetahui diri bukan seperti orang lain yang berduit
so untuk tahun ini memang hajat dihati untuk mendapat kan 1
BLACKBERRY!
insyallah!
*sejak handset hilang masa pergi prektikal mula rasa terkilan sebab itulah handset pertama dan mak belikan hanya kerana aku dapat sambung belajar.sekarang pakai handset adik yang kini dia pakai lebih canggih dari biasa.habis madu sepah dibuang!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home