Thursday, January 27, 2011

WAKTU REHAT



part waktu rehat semua orang suka. kalau boleh kepanjangan waktu rehat mesti nak tukar dengan kepanjangan waktu bekerja. so baru betul waktu rehat boleh dinikmati dengan sewajarnya. alah setakat waktu rehat 1jam apa boleh buat?? duduk-duduk makan sambil gosip pun dah ambil masa yang lama. itu belum kira lagi jenis makan yang ala-ala kura-kura berlumba dengan arnab. mesti lah kura-kura yang memang. watak kura-kura dipegang oleh MASA

waktu rehat time sekolah rendah paling best sekali. part nak tunggu waktu loceng berbunyi semua dah berdebar. buku-buku dah siap simpan bawah meja. padahal cikgu masih membebel-bebel kat depan kelas. kepala hotak tak pikir lain.
"agak-agak sempat tak nak beli nasi ayam part peha???"
tue bila kira lagi part loceng dan bunyi. ibarat kambing dapat keluar kandang. siapa sampai dulu dia lah hero. bila perut dah kenyang main rebut-rebut tiang pilihan ramai. tipu kalau kata tak pernah main rebut-rebut tiang masa sekolah.paling top kot permainan tue. part paling syok buli budak yang kena duduk tengah-tengah. bila tak puas hati asik tak dapat pegang tiang blah macam tue jek tanpa muka bersalah. balik kelas memang kena bahan !!!! hahahahahahahhaah

bila habis rehat semua muka letih. baju basah belakang tak payah cakap lah. budak-budak lelaki memang macam tue. nak pulak kat lengan baju ada cop cap DAKI!!! memang terbaik
balik umah mesti mak tanya

' ko nie pergi sekolah ke pergi bersawah'

tapi bila masuk sekolah menengah takda nak buat perangai macam sekolah rendah pulak. malu kot nak main pegang-pegang tiang. masuk kelas badan berpeluh-peluh dapat pulak jenis 'wangi' . terbaik lah kalau duduk sebelah perempuan. besok kompem dapat sebotol deoderan dashing!


tapi lagi best kalau waktu rehat sekolah macam cerita nie..



disebabkan rumah tak melanggan cartoon network so terpaksa lah menggodek kat youtube. aku tengok pun sebab ada elfira loy je pun. tapi kalau tengok kat youtube tak berapa nak best sangat lah. nak lagi best nak lagi layan tengok kat site nie. loading pun laju. episod pun semua ada.






mula tengok cite nie rasa macam kenal budak nie. rupanya pelakon utama tentang bulan. dulu badan agak besar. sekarang sudah slim wooo...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home