Friday, December 31, 2010

BILA DAPAT GAJI

ok disebabkan post ini tentang pergi melantak
so tak perlu kot nak hurai panjang2
tengok gambar pun dah paham apa yang nak disampaikan
ibarat belajar kimia masa nak ambil spm
cikgu pesan kalau tak tahu nak mengambarkan sesuatu dalam perkataan
buat dalam gambaran
paham lah pemeriksa itu
ok....kimia aku dapat c!
hahaahaahahahahaaahah

nama tempat melantak: DIMA (makanan arab woooo)
tips: janganlah lah makan sebelum datang ke kedai ini
pastikan perut anda dalam keadaan lapar lapar sangat
dan sematkan didalam hati mahu makan sebanyak mungkin!


perkenalkan khairul fahmi


setelah menunggu sekian lama
sampai jugak makanan kami
so macam mana???
terliuh sampai nak hisap jari kaki???



ok nie bukan seperti apa yg bermain difikiran korang
halal ok air nie.non alcohol
mak aku punye lah takut nak minum
sbb rasa air dia lain macam
ok air dari gandum kot lepas tue takda gula
tawarkan...
ibarat makan donut tanpa gula
apa rasa??
ok sedap jugak......
hahahahahaahahh



nie lah mak saya
2 kali dah dia datang makan sini
hari ini pun dia yang suggest tempat.
ok layan jerlah



mula-mula makanan sampai



ok..paham2 jerlah
erkkkkkkkk!!!!!
hahaahahhaahah

bila bajet macam nak balik
sebab tunggu last order lambat sangat
sekali



ok membazir amalan syaitan
kalau tak habis sangat lah membazirkan
bajek tak datang..rupanya datang
layakkan dipanggil pencuci mulut??
pencuci perut paling tepat!
ahahahhahahaaaah

korang tahu sebab apa aku cakap kene datang dalam perut yang lapa
nasi sangat lah banyak dan boleh cepat muak
ayam sangat lah lembut lemak lagi merdu!
memang sedap r
waa tak tipu!!!

terima kasih kepada abang aku kerana belanja kami makan
katanya naik gaji
ok next month ready!!!
hahahahaahahaahah



*nanti maher zain datang malaysia nak ajak datang makan sini lah.tapi aku rasa dia pun tak heran!

Labels:

Wednesday, December 29, 2010

SIAPA NAK BERPACARAN DENGAN KHAIRUL FAHMI???? BACA POST INI DULU.


tahniah kepada pasukan malaysia
ok pertama kali tengok bola sampai abis
selama ini hanya dengar2 ayam kalau kawan2 dok mengumpat pasal bola
erhmmmm tue kire mengumpat ker????
ok abaikan
tahniah jugak kepada emak kerana menjadi tukang sorak dalam rumah
tinggal lagi mak tak pakai macam pom pom girl jek
time tue memang sesuai dengan tema lagu

bila mama celana......papa garu kepala
bila mama pakai legging....papa geling kepala
bila mama holaop.....bisul papa meletup
bila mama mcm gadis pom pom...papa kene serangan jantung.

hahahahhaahhaha
ok2 last lyric tue aku tambah2 sendiri




ok perhatian kepada peminat KHAIRUL FAHMI


gurlz!
gigit jari sampai luka
lepas sembuh gigit lagi
haahaahhhahahaahahhahahaha

Labels:

Tuesday, December 28, 2010

BILA JUSTIN BIEBER NAK DATANG KAT PAHANG?????

pagi2 bukak nufnang
memang jarang bukak
sebab tahu earning takda lah sehebat korang
suam-suam kuku jek
buffered earning??? lagilah.
tinggal harap je.
so tadi buka sekejap
saya jarang dapat keyword rating
so tetiba pulak ada hari ini
banyak pulak tue
tak tahulah apa yang mereka cari dekat blog saya yang entah apa ini.


BILA JUSTIN BIEBER NAK DATANG PAHANG

dalam kepala hotak dah bermain 1 perkara jek
adakah yang buat keyword tue
student ump????
ok sapa2 yang buat tolong lah mengaku
terasa nak gelak2 terbahak depan muka kau!
hahaahahhahahaahaahhaha

Monday, December 27, 2010

HOT-JUSTIN BIEBER DI TANGKAP CSI

justin bieber maher zain justin bieber naked kim kardashian

ok aku tahu
mungkin ada peminat CSI
tak kiralah versi CSI NY, CSI LA, CSI MIAMI
yang begitu setia menonton siri drama yang paling mengetengahkan siri penyiasatan jenayah
tapi mereka ada episod istimewa dimana
menampilkan JUSTIN BIEBER
ok kalau tak silap aku
episod yang ada JUSTIN BIEBER hanya diulang tayang sebanyak 2kali sahaja
aku sendiri tak sempat tengok
tapi cari2 kat youtube
jumpa jugak
huhuhuhuhu
aku nak share dengan korang

CSI Justin Bieber part 1 of 3 HD




CSI Justin Bieber part 2 of 3 HD




CSI Justin Bieber part 3 of 3 HD


Labels: , ,

JOM BERTENGEK TENGOK TB.

saya memang peminat setia cerita drama2 dari negara hongkong
masa sekolah rendah tb3 selalu siarkan rancangan dari negara tersebut
pukul 6petang mesti dah terpacak depan tb
orang pergi bersukan aku menonton tb
sah2 lah menonton smbl tidak menguyah memang tidak lengkap
ok hasilnya seperti anda lihat sekarang
hahahahahhahh
kalau dekat nak maghrib tue
mesti mak dah terpekik suruh pergi semayang
perkataan
'kejap lagi mak'
'dah nak abis nie'
memang tak lekang dari mulut
ok..bila abah panggil cepat berlari!!! hahahahhaa
tapi sekarang cerita drama2 macam tue dah tak main lagi kat tb3.
semua pindah kat tb8
tapi drama2 dari negara taiwan singapore memang tak layan
sebab kebanyakkan jalan cerita tentang cerita remaja.
korang paham jerlah kalau cerita tentang remaja nie
jalan cerita hampir sama
*bosang

so sejak aku kerja kat hotel nie
astro kat sinie memang langgan chanel AOD
memang saluran tue khas untuk cerita-cerita kantonis
ok kantonis dengan komunis memang bukan adik beradik
kantonis tue merujuk bahasa penduduk hongkong
so macam takdir pulak rasa
1st day masuk kerja
episod pertama pun untuk satu drama nie pun main
tajuk dia

TWILIGHT INVESTIGATION
cerita apa tue alok???
bunyi macam CSI NEW YORK jek

ok memang pun
tapi jalan cerita hampir sama macam CSI
tapi cara mereka olah cerita memang tak sama
kalau tengok CSI mereka lebih serius dan terasa gerun bila melihatnya
kalau cerita nie lebih ringan dan paling penting lawak
hahaahahhahahahhahah
so kalau tengok memang enjoy dan tak strees mcm tgk CSI

bagi sinopsis alok
nak tahu gak cerita nie mcm mana.

Former police officer Yip Kwok Cheung (Bill Chan) owns a private investigation agency, the members of which all have their own strengths. Gei On Gui (Wong He) is one of the most important members, with careful thought and sharp deconstruction skills.

While investigating an adultery case, On Gui is acquainted with a nameless teen-model, Chung Yee Tuk (Linda Chung). Yee Tuk was born in an incomplete family; she is withdrawn, and frustrated in both love and work. One night, Yee Tuk drives while slightly drunk, crashes her car into a tree, and dies. Flashbacks cause her to want to find her long-lost mother so she asks On Gui to help her. On Gui sympathizes with Yee Tuk and tries his best to find out what happened to Yee Tuk's mother.



ok aku saja tak nak translate dalam bahasa melayu
sekali-kali nak test bahasa inggeris ko gak
hhahahhahha



ini pelakon utama
yang perempaun tue memang hantu dari mula2
yang laki pulak last episod baru jadi hantu



2 hantu paling lawak dalam dunia


1keluarga yang happy
keluarga korang macam tue x???


serius..memang seksi
kerja nak menggoda orang
baju selagi tak singkat memang tak sah!


*ok drama nie dah habis pun.......ending memang sedih.

Sunday, December 26, 2010

LAMA TAK BUAT KERJA TAG-MENGETAG......PERLU KER??

ok disebabkan
mazlin dan fazrien tag benda yang sama
so saya jawab sekali yerk!!!
thankz korang!!!
love u!
hahahhhahahhaaha


1. Apa benda yang penting dalam hidup korang?

kfc?????mcdonalds???kaizer???marrybrwon??? erhmmmmm





2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?

beli mop lantai kot.sebab haritue dapat gaji.yang best pulak aku yang patahkan
terbaik!






3. Dimanakah korang melangsungkan perkahwinan korang? dan apa temanya?

kebun getah????tema angkasa lepas
ok kan....futurustik bak kata kawan aku
hazwan!
hahaahhahaaah




4. Adakah korang tengah bercinta sekarang?

jawapan paling susah nak jawab
tak!!!






5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

entah..selagi dia tidak mencurangi aku
aku x mencurangi dia
heheehhehh(ok mintak terajang)






6. Dimanakan korang selalu jumpa dengan kekasih korang?

dulu masa bercinta suka lepak kt restoran mamak
senang..saving lg.
haahahhahaaha






7. Novel/Buku/Majalah yang terakhir beli?

maskulin.walaupun orang kata majalah nie macam majalah gay
tapi korang beli dulu..tengok majalah gay ke apa





8. Nama penuh korang?

muhammad khuzaini bin zulkipli






9. Antara mak dengan ayah? Mana lebih rapat?

mak!




10. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?

kim kardshian.





11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

mmg lah.mesin basuh ada.mudahkan





12. Dimanakah tempat betul2 korang nak pegi?

europe...sbb teruja tengok hanis zalikha jalan2 sana.
hahahaha





13. Pilih satu, Peluk or Cium?

peluk.panas!!





14. Bagitahu 3 benda tentang orang yang beri tag.
  • hotak kotor x abis2.
  • doa kang!
  • mereka rakan sekelas daro form2 smpi form 3






15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup.

entah.semua saya sayang.




16. Lagu yang korang paling suka dan selalu dengar.

semua layan.sbb bukan jenis stick pada satu lagu.tp memang suka lagu anuar zain-keabadian cinta





17. Bila tarikh lahir? dan kat mana korang sambut tahun lepas?

11/9/1989
saya dapat cupecake
dan dia bagi buat banner gantung betul2 kat depan hostel saya
awek korang sanggup???




18. 5 rakan blogger yang korang nak tag.


KENE SAMAN.NAMPAKNYA KENE CARI DESIGNER UNTUK BUAT BAJU PADA HARI-HARI PERBICARAAN NANTI.

tetibe jek rasa sayu
tahun 2010 hampir tiba...lepas nie memang tak jumpa tahun 2010
so semua pahit manis yang berlaku tahun ini
akan disimpan secara rapi umpama pentane.
itu pun kalau otak tak berkarat....maknaya dalam 10 tahun still in my minds.

so semalam telah berlaku peristiwa yang mungkin akan dikenang
sebagai PEKERJA HOTEL!!!
disebabkan salah informasi
salah seorang pekerja kami telan membatalkan tempahan dari seorang pelanggan
tapi yang menjadi masalah sekarang
pembatalan itu dibuat tanpa menyemak kembali resit
so menjadikan lebih drama
orang yang membuat tempahan itu datang bersama kaum kerabat dia
maksudnya ada 15 orang yang datang tapi 1 bilik pun tiada buat masa itu
dari situ korang dah boleh agak apa yang berlaku
tapi disebabkan pembatalan itu dibuat bukan atas tangan aku
so kawan aku terpaksa berlawan mulut untuk menyelsaikan masalah tersebut
dan paling best pelanggan tue mengugut untuk membawa masalah ini ke mahkamah
dan tak menahan...bukan saja nak saman pihak pengurusan
siap nak saman kawan aku tue dengan aku sekali

*tetibe jek terbayang muka aku masuk mahkamah
lepas tue ada liputan meluas kat tb
hari2 muka kat buletin utama
hari2 pakai sunglass hitam berbagai2 jenama
wartawan kejar sana sini
paparazi bertenggek depan rumah siang malam
perghhhh glamor siot!!!!*


agak2 macam nie x??
hahahahahaah

ok berbalik cerita saman menyaman nie
mereka memang tak puas hati
mula2 kami cakap tak perlu lah nak memperbesarkan
tapi dia kata
kalau tak nak hal ini dibawa ke mahkamah
carikan bilik secepat mungkin
sebab mereka dah tunggu hampir 2jam dok kerana perang mulut
kalau tak dapat bilik
mereka nak ganti rugi 4kali deposit yang mereka bayar
maksudnya 4x100= rm400
perghhhh sah2 lah hujung bulan ni haji kene tolak
tapi nampaknya nasib menyebelahi kami
nasib ada pelanggan yang keluar malam itu
so kata putus kami
kalau nak bilik kami boleh bagi apa yang ada
kalau tak nak bos kami kata boleh berambus!!! (ok tak cakap depan macam itu.nak mati!!)
so mereka pilih untuk ambil bilik
sebab semua dah penat.mulut dah letih dok lawan2 cakap
ok semua yang datang india
dan kawan aku pun india
so tolong lah bayangkan bila india sama india gaduh.
ok cerita pun selesai

ok...xbest!!!! takde pun bunuh membunuh???

nak bunuh membunuh??? korang pergi gaduh sendiri!!!
hahahaahhaahha

sebenarnya yang datang batal penempahan bilik tue
sedara mereka sendiri
ok memang drama
2 hari lepas ada antara mereka berselisih paham dengan sorang tue
so si sorang tue nak tunjuk tanda protes dan tak puas hati
sebab tue buat pedajal pergi batalkan tempahan hotel tue
yang kesian jadi mangsa
sedara mara yang lain
dan paling jadi mangsa
kawan aku yang kena maki tak pasal2
aku pun kena tapi takda lah seteruk kawan aku kena
nak maki balik tak boleh
sebab kami terikat dengan polisi
CUSTOMER IS FIRST AND RIGHT!!!!!!


*sorry ayat pun dah macam k****g.....badi kot.hahahha



Saturday, December 25, 2010

DILEMA SEM BARU.......TAPI AKU OK JEK.DAH HABIS BELAJAR!!!!! YAHOOOOOO!!!

sem baru menanti.kepala otak dah pikir apa yang patut ada
kalau boleh semua nak ganti baru
tapi tak sedar diri poket kosong
mengharapkan ptptn????
tunggu lah beberapa minggu selepas sem baru baru bermula
so bagaimana nak tayang baju baru kat kawan-kawan???
macam mana nak tayang kita lah paling top???
kita lah yang paling up-to-date????
kita lah raja dan ratu fashion???
mungkin apa yang aku nak tunjukkan ini
mungkin menjadi inspirasi??


aha!
berani cuba???
mungkin ada kemungkinan twitter anda di follow oleh lady gaga
siapa tahu???

atau cuba yang ini


mungkin anda ingin dipuja ibarat supermodel terkenal
bila anda ke sana-sini di dalam universiti
anda yang paling menarik perhatian

mungkin yang ini anda harus cuba
tapi perlulah mempunyai kekuatan mental dan fizikal
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


ok selepas mencuba fashion ini beberapa hari
cuba telefon ibu-bapa anda dirumah
mungkin surat disuruh berhenti belajar sudah TIBA!!!!!!!!!!
hahahaahhaahhaahha



*apa yang ditunjuk di sini hanya untuk tujuan seni dan perlulah membaca dengan penuh perasaan terbuka.

Thursday, December 23, 2010

LAGU FEVERET SEPANJANG ZAMAN......YERLAH TUE....BESOK ADA LAGU BARU PUN CAKAP BENDA YANG SAMA.

lama dah aku cari lagu nie
selalu dengar kat radio
tapi bila tunggu dj annouce nama penyanyi dia selalu jek rasa macam tunggu buah dari pokok taugeh
tapi usaha tangga kejayaan
kalau tak dipecah kaca kotak keselamatan...macam mana nak tekan loceng kebakaran kan
so pergi lah usha top song chart kat hitz.fm dan fly.fm
tips kejayaan mendapat lagu ini???
download semua lagu kat dalam carta lepas tue play one by one
ok jumpa!

Travie McCoy: Need You [OFFICIAL VIDEO]


ok tajuk lagu copy paste dari youtube
nampak dramatik sikit




siap ada lirik
lepas nie kalau nak berkaroke jamban boleh buat muka kerek sambil feeling dah hafal lirik
walaupon top artis pun nyanyi pakai promter kat depan stage


I know its not your fault, but I’m? a locked door
Anytime I’m a mess by someone before
And I wish that I, I could find a key
To unlock all the things that you want us to be
Let me open up and start again,
But there’s a safe around my heart
I don’t know how to let you in,
And that’s what keeps us apart
And that’s why I need time.
I said I need you,
I need you to understand, you, you, you
I need you to understand, you, you, you

Call up the locksmith,
Tell him we need him quick
We’ve got a million keys,?
None of them seem to fit
While your on the phone,
Call up the clocksmith,
Cuz I could use some time,
Even the slightest bit

Let me open up and start again,
And break this safe around my heart
I don’t know how to let you in,
And that’s what keeps us apart
And that’s why I need time
I said I need you
I need you to understand, you, you, you
I need you to understand, you, you, you

I’m thinking now’s? the time,
Maybe its time to go, if I gave you my heart, be gentle,
I’m tired of laying low, lets give the world a show
And when you know, you know,
And when you know, you know, you know
And when you know, you know, you know, you know
And that’s why I need time

I said I need you,
I need you to understand, you, you, you (x2)
I need you to understand (x4)
I need you (x3)
I need you, you, you


PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR.............

tahniah kepada mereka yang mendapat straight A' s dalam PMR tahun ini
lepas nie boleh lah menuntut apa yang patut kepada parents anda
mungkin blackberry touch or ipad menanti atau mungkin i-phone
perghhhh agak hilang waras kalau ada yang tidak cemburui
tatkala hadiah-hadiah itu terhidang didepan mata-terhidang?? ok kantoilah bm pmr teruk!

soalan PMR BAHASA MELAYU KERTAS 2 2020:

dengan menggunakan frasa "PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR" nyatakan 10 perkara mengenai pernyataan itu.

1.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR nenek saya berjanji akan memberi rm10 bersamaan untuk satu matapelajaran yang dapat A.perghhhh ketaksuban untuk belajar menjadi membuak-buak.tapi ianya sangat tak bertahan.tak istiqamah langsung!

2.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR time tue lah malaysian idol ditayangkan kat malaysia.so setiap hari jumaat malam mesti bertengkek depan tb.bila dengar motor abah balik dari kerja berlari masuk bilik buat-buat study.sebab kalau bertengkek kat tb tatkala abah masuk rumah sah2 lah dapat syarahan free.lepas tue pulak bile result show malaysian idol pada hari ahad malam.intai2 lagi kalau abah dah tidur boleh lah tengok.kot melepas....sah2 lah tajuk bualan kat sekolah pada pagi esok:

"ehhh siapa yang keluar semalam ar"
"ehhh suara dia sedap lah...cuma sedap sikit jek dari suara katak puru"

3.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR lepas habis sekolah pukul 2petang.bukan main rajin "stay-back" kat sekolah.tujuan nak study berkumpulan konon.nak buat homework sama-sama walaupun yang buat sorang tapi yamg meniru ramai.hahhahahaha.hobi melepak kat gerai jual air kelapa memang jadi singgahan wajib bagi kami.

4.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR saya pergi kelas tuisyen luar.tue pun puas lah dipaksa abah.walaupun sudah rasa belajar di sekolah mencukupi...tapi abah tetap rasa tak puas hati.so setiap hari sabtu dan ahad adalah waktu wajib untuk pergi tuisyen.so waktu nak melepak sangat lah terhad.dan terasa sangat lah takda waktu nak bergolek2 tidur sampai lebam.sentiasa sematkan didalam hati....kejayaan memerlukan pengorbanan!!!!!

5.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR pusat tuisyen saya ada program ceramah kejayaan dan pasti tajuk ceramah saya tak ingat sebab leka dengan kawan sebelah.tetibe dalam ceramah tue
minta kami duduk sebelah ibu-bapa.perghhhh apa lagi mereka mula mengayat ceramah yang boleh menitiskan air mata.aku memang lemah kalau bab2 menyentuh hal2 ibu-bapa ni.menginsafkan betul....tapi biasalah remaja tak sedar diri ni.insaf seketika....tapi hua hua dia samapi tak ingat dunia.

6.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR kebanyakkan sekolah pasti buat solat hajat untuk mintak keberkatan menjawab exam tak kira lah pmr...spm....or stpm...bila buat solat hajat mestilah lah cakap apa yang diminta.nie tak.boleh pulak cakap sakit tengkuk sebab imam tue sujud lama sangat masa rakaat terakhir.sengal sungguh! hahahhahaa

7.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR saya pakai kasut baru pada hari pertama.biasa kalau 1st day mesti paper bahasa melayu.orang kata amik semangat nak exam.kahkahkah!

8.PADA TAHUN SAYA AMBIL PMR................ seperti biasa.saya jawab exam mesti tak cukup bagi jawapan seperti kehendak soalan.kalau mintak 10 mesti paling busuk jawab 8.contoh seperti post ini.hahahaahhah.ok dah takda idea nak tulis untuk no 9 dan no 10.

time nak amik result????
perghhh jangan cakap lah berdebar
part paling best.
dah kumpul kat kantin sekolah waktu pagi nak amik result
sekali pengetua datang.....dia kata petang daaa
aduii bertambah debaran lagi
tapi bila dah dapat
amik kau
ok segan kot nak share ngan korang result aku
tapi nenek aku bagi rm60.
hahahahahahhahahhah

ingat nak google pic tentang gambar2 budak berjaya dalam pmr
google punye goole
dapat pic ni

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


cissss macam haram!
apa punya orang lah buat keywords dalam pic nie
nie semua nak rating tinggi nie
korang tak percaya pergi google pic
taip PMR

Labels:

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

hari ini keputusan pmr diumumkan
tahniah lah kepada yang dapat 8a tue
yang mana tak dapat 8a tue
usaha lagi...spm ada
jangan pulak kau berhenti sekolah kerana tak dapat 8a
memang tak berbaloi berperangai begitu
btw aku dulu pun tak dapat 8a jugak
tapi dekat dengan 8a
hahahaha
malas nak tulis berapa
nanti dituduh riak
biar jerlah simpan kenangan

berbanding keputusan

Labels:

Tuesday, December 21, 2010

CHEF WAN DATANG RUMAH......BAGI TIPS MEMASAK.


lama tak buat post tentang memasak
hahahahahaha
bajek chef wan tukang masak handal
tapi ok lah..masak untuk diri sendiri dan family
btw adik aku dah dapat kerja
so mak aku pun sibuk kerja
kadang2 bab2 memasak nie dilepaskan kat aku
tapi yang mudah2 jek..
klu nak masak heavy2 aku tak pandai
huhuhuhu
so hari ini resipi sup pucuk tahu bersama cendawan
alah aku biasa buat
so takda lah susah sangat.


mula2 kasi rendam dulu pucuk tahu.kasi lembut

lepas tue goreng bawang merah masuk bawang putih letak cili padi
sebelum tue pastikan semua bahan ditumbuk halus
mak aku paling pantang kalau tumbuk bahan2 tue kasar2
sebab kalau tak hancur batul2...tue lah jadinya cili bertempek cantik kat gigi!



siappp!!! sebab tue aku cakap mudah
campak sana campak sini....siap semua
tapi jangan lupa letak garam pulak
kang tawar memang sah2 kene CAMPAK dalam tong sampah!
hahahahahahahaa



nie telur dadar simple
why??????
sebab aku just letak telur 4 biji dan garam jek
kes= malas nak kupas merah dan bawang putih



done!!!!!
mana datang pulak sambal tumis ikan bilis tue???
jiran sedekah?????
perghhhhhh beragak!!
mak aku masak sebelum pergi kerja
sebab dia tahu
kalau aku masak mesti tak sedap
ada jek komen
pedas sangat lah
manis sangat lah




Labels: , , ,