BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN
time kecik2 bila bermain bersama rakan taulan
mesti tak sah kalau tak memusnahkan tumbuhan ciptaan yang sangat cantik
selalu jadi mangsa bunga-bunga yang sedang tumbuh mekar
tapi sebelum itu lagu bunga-bunga cinta belum keluar dipasaran lagi yer
part main kawin-kawin selalu jadi agenda utama
berebutlah lah nak jadi pasangan pengantin
selalu yang jadi huru-hara bila sorang budak perempuan tak dapat jadi pasangan dengan pengantin lelaki
nak pulak pengantin lelaki itu pulak pilihan kalbu sejak bertemu pertama kali di tadika
paling tragik perempuan yang jadi pengantin perempuan pulak amat diminati pengantin lelaki
perempuan yang tak dapat jadi pengantin perempuan itu pulang ke rumah dengan wajah seribu kesedihan.bila mengadu pada emak.laluan bilik air yang ditunjuk.
maknanya mak suruh mandi dan jangan keluar lagi.
double double kesian
permainan tetap diteruskan
tidak jadi masalah pun kalau budak perempuan itu tiada
tok kadi dengan saksi pun takda.......cool jer kan
biasanya pengantin lelaki bersiap ala kadar jek
peduli apa kan kalau 'cendol' turun naik
pengantin perempuan yang beria sakan bersiap
tapi yang lebih-lebih 'assintant' yang bertindak sebagai mak andam
perghhhhhh buat-buat kalut serabut....over acting betul! hahaahahhahah
bila nak berarak...pukulan kompang datang dari bunyian mulut
pang pang kepang pang....boom boom keboom...
perghhh kalau jenis over nak berarak 1kilometer panjang jalan
berbuih kot mulut.
sesi bersanding menanti pulak
biasa pengantin perempuan dah bersiap duduk atas "pelamin"
muka siap bertutup dengan cebisan kotak terbiar
tatkala pengantin lelaki mengadap pengantin perempuan
melayang lah cebisan kotak terbiar itu
hati si pengantin lelaki berbunga-bunga keriangan melihat pengantin perempuan ayu di hari bahagia
tersipu-sipu malu seperti mana anda boleh lihat dalam filem-filem p-ramlee
kemuncak segalanya : sesi menyarung cincin
pengantin lelaki sudah bersiap sedia
pengantin perempuan teruja menghulurkan jari-jemari ke pengantin lelaki
sekuntum BUNGA RAYA tersemat indah di celah jari hantu dan telunjuk pengantin perempuan
-tamat-
ok sebenarnya nak share vedio dengan korang
cerita di atas sekadar selingan sahaja
so kalau rasa merapau tolong abaikan yer
hahahahaahahah
lagu kegemaran minggu ini
jom layan!
*apa yang diceritakan di atas itu hanyalah rekaan semata-mata
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home