Friday, October 29, 2010

WANITA YANG PERNAH DISISIKU-MAAF PEMERGIANKU

KOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang yang bakal menamatkan pengajian Disember ini koma selepas dipercayai dibelasah oleh teman lelakinya pada 22 Oktober lalu.

Mangsa, Hizreen Ieraqueen Haberi, 21, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perbankan tidak sedarkan diri sejak hari kejadian akibat luka dalaman yang teruk di bahagian kepala.

Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Bapa mangsa, Haberi Hamzah, 49, yang merupakan seorang juruteknik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi berkata, dia menerima panggilan daripada teman serumah anaknya itu pada pukul 1.30 pagi 22 Oktober lalu di rumahnya di Semenyih, Selangor.

"Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan Hizreen, dia dikejarkan ke Hospital Machang kerana cedera dipukul oleh kawan lelaki yang dikenalinya.

"Keadaannya tenat dan saya diberitahu Hizreen dipindahkan ke HUSM.

"Daripada cerita rakan anak saya itu, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 10 malam pada 22 Oktober lalu di hadapan rumah sewa Hizreen berhampiran kampus UiTM Machang selepas mereka bergaduh," katanya.

Rakan anaknya itu mendakwa sebelum kejadian Hizreen dilihat bertemu dengan teman lelaki yang datang ke rumah sewa mereka dan berlaku sedikit pertengkaran.

sangat menyayat hati membaca cerita.aku pun baru tengok kt kosmo online td.erhmmmm ada jugak manusia yang tidak berperikemanusian ini.sanggup menjatuhkan wanita saperti itu.apalah perasaan ibu bapa budak perempuan itu.mungkin bermain di kepala mereka:

1.tidak ku pernah jentik anak ini......kenapa kau diperlakukan begini..

2.tidak pernah ku sakiti hatimu....kenapalah orang menyakiti mu.....

3.sentiasa aku memberi sepenuh kasih sayang.....kenapa orang bertindak kejam kepadamu...

4.sentiasa aku mengharap seseorang menjadi penjaga mu tatkala aku pergi......kenapa orang ini mengkhianati dirimu..

itu mungkin antara apa yang ibu bapa wanita itu fikirkan....hanya tuhan yang tahu....wahai kaum hawa sekalin..jadikan perkara ini satu pedoman....

tetibe saya teringt perkara ini pernah berlaku di universiti saya...namun begitu wanita itu tidak lah seteruk apa yang dialami oleh wanita dalam gambar.moga2 kita doakan....wanita diatas cepat sembuh.amin........


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home