Thursday, November 18, 2010

UMP DI HATI..ADAKAH PELUANG AKU MENJUMPAI MU???

salam semua!
tetiba saya dapat idea nak tulis kenangan2 best yang saya dapat semasa belajar dekat
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
saya pun tak sangka dapat masuk universiti
result spm pun takda gempak mana pun
siap ada Air Batu Campur Dodol lagi
korang paham tak????
lu pikirlah sendiri!!!
hahahahahaahhh

1.tarikh saya daftar universiti saya tak beberapa ingatlah.dah 3 tahun kot berlalu.tapi keterujaan masuk universiti jangan cakaplah.bapak aku senyum sampai ke telinga.kalau boleh 1 kampung pun nak heboh.

2.masa saya daftar di kuanter pendaftaran...saya bersama seorang budak perempaun kalau tak silap saya dia daftar untuk fakulti kejuruteraan elektrik.so apa masalah nya alok??? ok..masalah disini..smpi aku habis belajar..aku tak pernah nampak muka dia selepas kami berdaftar bersama.dan nak menjadikan isu..masa daftar tue..petugas tu mintak salinan keputusan spm aku.budak perempuan tu pulak boleh pandand paisey tengok result aku.aku sure pastu dalam kepala budak tue "aiiii result macam ni pun boleh masuk universiti ker???" tapi kalau betul apa yang dia fikirkan....aku peduli apa kan????hahahaah

3.lepas pendaftaran tue. kene pulak pergi daftar hostel.korang bayangkan...tempat yang kita tak familiar lepas tue kene mencari pulak.serius memang memenatkan.pusing sana pusing sini.nak2 pulak time tue mak aku ikut.kesian aku tengok tekedek2 nak ikut sama.berjalan bukan main jauh lagi.sekali bila jumpa tempat pendaftaran hotel tue.....dalam hati cakap...aikkk rasa macam nampak bangunan ni tadi.ok!!!!!!!

4.ok time nak masuk bilik...aku rasa time nie paling kelakar ko.hahahahahha.ok dalam bilik aku ada 4 orang termasuk aku.so 3 orang tue semua dari pantai timur that means 2 dari terengganu dan seorang dari kelantan.ok!!!!! apabila mereka berbicara....orang yang tak pernah dengar dan tak biasa dengar mesti tercengang.itu lah jadi dekat aku.sampaikan kalau duduk borak dengan mereka mesti kena cakap macam nie kalau ada benda tak paham "apa tue??".hahahahah

5.dalam bilik aku tue ada yang sama nama macam. nak dengar apa perbualan kami??

situasi:di tepi almari kayu sebelah katil besi

aku:salam

zaini:wasalam

aku:sapa nama kau??

zaini:zaini..ko??

aku:ehh nama kita sama..aku pun zaini..pggl aku alok r!!(spontan)

teetttt!!! hahahahahah.. mmg bengong!start dari situ panggilan nama alok tak dapat ditinggalkan
aku dah plan kalau masuk universiti aku nak orang panggil aku zaini.tapi nampak nya takda harapan lah.

6.minggu pertama kat hostel..bilik aku dah penuh dengan budak2 diploma kimia.sebab dalam bilik aku tue ada 2 orang budak kimia.dah pulak tue pandai2.so mereka lah jadi tempat rujukan kalau ada asigment...toturial...or kalau lecturer ajar tak paham.boleh dikatakan setiap malam pasti ada perantauan yang tumpang tidur dalam bilik aku tue....boleh dikatakan semua budak lelaki kelas kimia tue dah masuk bilik aku...dan sah2 lah aku tahu setiap seorang dan karekter masing.....dan antara ramai2 tue ada jugak yang boleh sekepala dengan aku.tapi mereka semua best!!!

7.pertama kali masuk universiti pertama kali jugak kita perlu tahu perjalanan hidup sebagai mahasiswa.serius masalah pertama yang aku dapat masa kat universiti adalah untuk mencari kelas/seksyen apa yang perlu aku masuk.masa daftar tue aku dah diberi penerangan seksyen apa aku kena masuk.tapi korang paham2 jerlah.....masuk telinga kiri..kuar telingan kanan.sampailah aku pergi fakulti aku tanya sendiri pada kerani kat situ dan dia terangkan kepada aku dari A sampai Z macam mana nak baca jadual kelas....ok jadual universiti dengan jadual sekolah tak sama ye!.... dan paling aku terasa bangga..kerani fakulti tue..Pn Nani masih ingat nama aku sampai hari last aku pergi fakulti...huhuhuhu

8.masa mula2 dalam kelas....ada antara budak2 kelas tak beberapa berkenan dengan aku.aku pun tak tahu sebab apa..tapi dari riak muka kalau nampak aku..aku boleh pasti memang mereka tak suka aku.ok..tipu kalau tak terasa...tapi aku buat bodoh jek.tapi lama2 perkara tue pergi begitu sahaja.kami 1 kelas rapat antara 1 sama lain.even ada gaduh2 jugak.tapi itu perkara biasa adat berkawan......

9.disebabkan universiti saya ini ramai pelajar pantai timur...so kebanyakkan kawan saya semua orang pantai timur.disebabkan itu saya pun amik kesempatan untuk belajr bahasa mereka.ok bukan bahasa pun kan...loghat...tapi serius..kalau kau orang luar...bila cakap bahasa mereka memang buruk kalau dengar.aku pernah cuba borak2 dalam bahasa mereka.tapi digelaknya aku balik.sebab buruk benar bunyi nya.ok...sampai sudah cakap bahasa luar@melayu jek....

10.keluar beramai2 adalah aktiviti2 wajib kami.biasa pergi bowling ker...tengok wayang ker...tak pun buat bbq....kalau tiba hari perayaan pun kami pergi konvoi rumah2 member2 dekat kuantan.memang best.

11.ok kalau korang nak tahu..hobi budak2 ump nie pergi tengok PONDAN-PONDAN yang terdapat kat area kuantan.pergi mestilah malam2..mana ada siang2..kejadah lah pulak pondan2 nie nak "kerja" waktu siap.tak masyuk kot....hahahahaah..kalau siapa yang berani boleh hangkut kot pondan2 tue masuk kereta.tapi kawan2 aku tak pernah lagi buat macam tue.paling korang pun tengok2 jek..raba2 tak dapat der...bayar dulu!!!! hahahahaahhaah

12.kalau sebut makanan kat kafe ump...kafe kak long ngan kafe kak ngah ada pilihan utama pelajar2 kat ump.kalau sebut pasal 2 kafe menu spesial dia IKAN KELI GORENG BERLADA/SAMBAL..perghhh aku cakap memang superb r!!!! sedap tak terunggap.pulak tue besar dia sebesar lengan pun ada...orang kata besar2 nie tak sedap katanya..tak manis.tapi bagi kita orang bedal.janji sedap bagi kita orang.kalau korang singgah ump pergi lah cari kafe ni.

13.library ump lama-sebelum pindah library bapak besar seperti sekarang. library lama ump tue agk kecil lah.tapi access internet berkelajuan tinggi.siap boleh bukak youtube.ok kat hostel youtube di block.katanya mengelak pelajar-pelajar melihat porno.hahahahah....aku dulu rajin pergi library.tujuan utama bukanlah nak study....tapi mendownload vedio.huhuhuhu

14.esso-stesyen minyak dekat area universiti kami adalah tempat di mana budak2 lepak kalau tidak ke kuantan pada waktu malam.memang popular tempat tue.kalau datang pukul 2-3pagi mesti ada budak ump lepak situ.tujuan??? makan maggi cup!!! tue antara hobi aku kalau datang situ.....

15.kadang2 kalau free aku selalu ikut budak2 kelas pergi main futsal.tapi aku tak pernah pun main.kaki bangku lah katerkan.haahhahaahah...sebab kalau ikut dieorang..lepas main pasti pergi makan2..kalau kaya sikit..lepak kt kfc teluk cempedak...kalau agak sengkek time tue makan roti canai dan teh tarik jerlah jawabnya kt TAJ!<-------restaurant mamak plg top kt kuantan! tempat korang ada???? hahahahahahahah

ok.nie jerlah mampu aku nak share ngan korang
kang tulis panjang2 kang kata aku merepek.
"entah betul ke tidak cerita alok"
ok..kalau kau kawan aku..mesti ko percaya.
huhuhuhu

(ada hajat nak sambung lagi..tapi next part ok!)



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home