Monday, November 22, 2010

JOM MENGINAP DI NEXUS HOTEL!.........IKLAN SEKETIKA


1st sorry sebab aku tinggalkan belog nie seminggu dah
berhabuk kot...meh tolong sapu2kan..lap2kan...tp tiada bayaran yer...ikhlas!!! hahahah
so arini aku nak tulis pasal 1st day kerja di tempat baru
aku dah janji nak update kan..even lewat..tapi aku update jugak
memang takda masa....balik kerja mmg penat dan katil lebih aku rindu!
kalau buka belog pun just nak baca belog orang jek...nak update...kepala kering dengan internet yang slow macam katak masuk 100m lari berpagar...ok..tolong bayangkan dengan cermat yer!
ahhaahhhhhahah

ok..berbalik post yang lepas
aku dah ceritakan aku dapat kerja kat sebuah hotel.
so arini aku nak preview sikit pasal bidang tugas aku kt situ

untuk hari pertama.aku dapat syif pagi
pukul 8am-4pm
so agaklah awal lah aku bangun hanya nak menyatakan betapa teruja aku nak pergi kerja.
tetibe terdapat masalah pulak nak pilih pakaian
masalah apa alok???? baju tak muat ker???
ceh!!! tue bukan masalah lagi...sentiasa terjadi kot ari2 disebabkan badan semakin berkembang.
hahaahhahahahaah
sebenarnya..aku lupa bos aku suruh pakai baju apa
so aku pun decided untuk pakai baju t-shirt berkolar dan berseluar jeans serta berkasut.
ok..bila sampai jek kat hotel tue.....ada jer pekerja pki suar pendek jeans! huh!
berialah aku pki smart2 kasut bagai..rupanya..kalau pakai bikini pun boleh kot!
next week aku try yer! hahahahahhaah

so apabila masuk kat hotel tue
aku ditempatkan kat kaunter hadapan hotel
nie lah tempat aku duduk....
tengok siap ada tb lg....berserta astro!


biasalah.kalau pekerja baru mesti ada briefing apa lah bagaikan
lepas tue aku diberi petunjuk macam mana nak isi hotel registeration(buku putih tue)
maklumat ini sangat penting sebelum pengunjung masuk ke bilik mereka
kene bagi butiran diri di ic mereka...dah perlu di catatkan dalam buku itu

korang nmpk apa tue?
ok..tolong lah klick untuk melihat lebih jelas yerk!
ok..kertas yang korang lihat nie adalah butiran bilik hotel
kat sini., ada maklumat bilik mana yang kosong,bilik mana yang dah booking,bilik mana yang dah ada penghuni,...dan paling penting...bilik mana yang tak baya sewa bilik lagi!
so semua duit keluar masuk jugak kene dicatatkan disini.
orang kata kalau jaga duit nie kene teliti.yang paling penting jujur....(aikk alok..nak puji diri ker?)

selain tue...keselematan hotel pun jadi tugas aku
ok..tapi bukan bermakna aku jadi pak guard yerk!!!!!

tengok.
seluruh kawasan hotel di tangan aku..hebat kan???
dah2 lah alok nak klentong kiterorang...mcm kiteorang tak tahu ko just tengok kt cctv je kan??
ok......pndi korang teka menda tue apa kan??
hahahahahahahaah
telefon pun sentiasa menjadi teman baik aku sekarang
setiap masa ada jek panggilan untuk buat tempahan bilik
so disini komunikasi sangat lah penting
bak kata bos aku....PELANGGAN ADALAH YANG UTAMA!!!!

nie barisan2 kunci yang masih belum mempunyai penghuni
nak susun kunci pun ada caranya
sebab bila orang kami.kita dah takda masa nak belek2 mana kunci yang nak dipakai
so kite susun atur kunci itu sebelum waktu chek-in
so bila masa pendaftaran nak masuk nanti...takdalah kelam kabut sangatkan
time tue lah nak cari kunci
time tue lah tulis data dalam registeration book.
time tue lah nak korek hidung! erkkk!..ok aku x buat mcm nie yerk!
hahahahahhahahaahh

dalam manyak2 perkara yang paling penting
nie lagi penting!!!!
kedudukan setiap bilik mesti aku tahu!
dalam setiap bilik tue ada apa
bilik tue ada tingkap ke x
bilik tue ada single bed ker....queen bed ker...
kadang2 pelanggan nie ada yang gedik...
nak bilik mcm tuelah..nak bilik mcm nie lah...
so kita kena lah ikut.
btw hotel aku masih tak pakai sistem computer
so itu jugak menyusahkan aku kadang2
tapi hadap jerlah.

ok.sekarang aku nak buat promotion percuma untuk hotel tempat aku kerja
nama hotel nie adalah NEXUS HOTEL

disini menyediakan 3 jenis bilik:

1.bilik standard-rm48
2.bilik deluxe-rm68
3.bilik family-rm88

hotel ini jugak menyediakan perkhidmatan internet 24jam
(serius.aku download lagu pun cepat jek.hahaahah)
selain itu....ber-aircond..ada tb...dan saluran astro.
tapi mintak maaf yerk...hotel kami takda swimming pool
kot2 berangan nak tayang bikini victoria secret..tak payah!!!
simpan jerlah dalam peti sejuk!
ahahhaahahhahaahah
so kalau korang ada hajat nak menginap kat hotel ni
boleh lah contect aku kat talian bebas tol
ada spesial rate aku boleh bagi
huhuhuh
k lah..cukup lah sampai sini
bye!









0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home