Thursday, November 25, 2010

PAPA CUTI SEKOLAH DAH START.....JOM BERCUTI KE PARIS!! PERGHHH DEMAND TOL ANAK AKU NIE!

holla! dah view post sebelum nie?
ok mana2 yang belum view dan komen tolong lakukan ok!
hahahahahahahh

ok sebenarnya post kali nie nak cerita pasal cuti sekolah
korang mesti ada banyak kenangan dan perkara yang korang lakukan apabila cuti sekolah
aku rasa hampir 4 tahun aku meninggalkan alam persekolahan
so apabila masuk universiti kita pun tak tahu bila cuti sekolah mula
lagilah kalau korang yang jenis dah berkerjaya......dan hidup membujang
lagi korang tak amik port pasal cuti sekolah.
sekarang nie dah hampir nak sampai penghujung 2010
so sekolah2 rendah dan menengah dah mula bercuti kan
aku pun tahu sekolah dah cuti sebab aku nampak sekolah kat taman rumah aku sunyi jek seminggu ni
ok...nampak sangat lah ko duduk bawah tempurung kan alok???
so arinie aku nak tulis pasal pengalaman aku menghadapi cuti sekolah terutama cuti yang panjang.

masa aku sekolah rendah dulu...kami adik beradik mesti mak abah hantar balik kampung.sebabnya kalau kami duduk rumah time mereka pergi kerja so takda siapa nak tengok2 kan.kalau biarkan kami duduk rumah memang hari2 perang dunia ke-3 meletus.tue belum lagi kira jiran2 sebelah mengadu kat mak pasal kiteorang adik beradik2 gaduh.
alah gaduh budak2 apalah sangatkah...setakat sepak-menyepak, terajang-menerajang tue
asam garam lah kitaorang.hahahahaha
tapi adik perempuan aku tak join ok!!!
gila nak hidup budak perempuan main terajang2..kang mmg aku dan abang aku kene terajang ngan abah!hahahahahahah

1.bila duduk kat kampung nie korang paham2 jerlah...suasana dia memang tak sama macam kat bandar.dulu masa mak abah aku hantar balik kampung...aku lah yang paling kuat menangis sebab tak suka duduk jauh dengan mak abah.aku ingat lagi...time mereka nak balik.aku kejar kereta mereka tapi mereka melolong jek tinggalkan aku kat belakang.hahahhaha..bila ingat2 balik kenapalah aku buat benda macam tue.malu dowh.pakcik2 makcik2 tengok.tapi budak2 apa rasa.janji dapat apa dia nak.tapi apa aku dapat???? kene tinggal gak.hahahaahah...

2.ada sekali tue mak aku belajar kat kat kuala lumpur.so masa dia nak balik kolej dia tue mak aku tumpang kereta makcik aku.nak jadikan drama best... pagi tue aku melalak bagai pakai microfon makcik aku.then masa dia nak balik petang tue dia hangkut sekali mic tue.aku pulak nak ikut mak aku tapi dia tak bagi. masa dia gerak tue aku dah menangis dah....memang tak berenti nangis lah....atuk aku dah tak boleh buat apa....korang tahu apa yang jadi??? mak aku patah balik..dia umpan aku dengan bagi microfon makcik aku tue.....ahahhahahah...senyap!!! mungkin sebab tue kot aku suka nyanyi walaupun suara takda lah merdu sangat.hahahahaha

3.bila dah besar sikit dalam darjah 3 ke atau darjah 4...entah tak ingt....dah tak nangis bila kene tinggal kat kampung.sebab apa???? kalau duduk rumah mesti kene berleter dengan abah.kalau balik lambat jek pergi main kat taman lebih pukul 7 mesti kene duduk luar rumah dekat setengah jam....masa dulu duduk kuarters hospital.so setiap tingkat ada bilik kecik tempat simpan alat pemadan api.so tempt tue lah aku dan abang aku nyorok kalau kene duduk luar.sebab kalau duduk luar pintu rumah mesti orang lalu tanya"

"eh kenapa duduk luar??"
"rumah takda kunci ker??"

so kesimpulan nya.kiteorang MALU!!!!
hahahahahahahahahahahhahaahha

4.bila duduk kampung...sedara mara pun ramai jugak nak duduk kampung.so kalau dah ramai2 tue ada jerlah benda bukan2 nak dibuatnya.aku ingat lagi...biasa lah budak2 kan.so kami plan nak buat rakit.agak korang lah.rakit tue buat dari apa???? buluh???ok tepat jawapan anda.tapi kitaorang amik kayu api yang nenek dan atuk amik dari hutan.so korang bayangkanlah rupa rakit macam mana.so abang aku lah leader buat rakit tue.so masa nak bawa pergi sungai.amik kau!!!!!! junjung ramai2 sampai ke sungai.kesudah???? baru masuk dalam sungai dah tenggelam.so kitaorang tinggal kan je kene hanyut...so balik cerita kat nenek..nenek gelak jek.nenek kami cool!!!!! hahaahahaaahahhaah

5.bila dah ramai2 kat kampung dengan sepupu macam2 benda kitaorang buat bersama.kalau tidur tue selagi boleh nak menyempit antara satu sama lain.lepas tue pulak main hantu2.kejadah lah pulakkan......masing2 nak cerita pengalaman hantu masing....entah betul entah tak tue belakang cerita.janji seram.lepas tue semua selubung tutup muka...semua dengan perasaan takut..katanyalah....tapi bila bangun pagi selimut kemana..bantal ke mana..sorang ke hulur...sorang ke hilir....semua bergelimpangan..tapi yang best..siapa lambat kene kemas temapt tidur..hahahahahaha..nasiblah siapa last bangun......tapi sekarang nak jumpa sepupu2 sangat lah payah.yerlah..masing2 dah besar...ada yang dah kerja..belajar lah..so semua nie tinggal kenangan jerlah..aku tak tahu lah mereka ingat lagi ke tak.......

6.dulu masa kecil kalau sebut pasal pergi bercuti jek..abah aku selalu bawa pergi:

1.kuala lumpur:duduk rumah makcik aku kat ampang 2 3 hari..tapi kekadang tue bukan pergi mana2 pun.duduk pastue balik.

2.port dickson: sebab selalu pergi sini masa kecik2 dulu.....bank tempat kerja abah selalu buat 'family day' kat sini time cuti sekolah

3.waterworld melaka: arghhh nie adik aku lah dulu yang nak sangat pergi.tapi kitaorang yang lain pun nak jugak pergi.tapi adik aku yang jadi pemujuknya.mula2 dulu memang payah r abah aku nak pergi.yerlah sedara-mara yang lain ada yang pergi. semua cerita yang best2 gempak2.so sapa yang tak ghairah kan...(aik lain mcm jek alok!haahahah). tapi bila dah besar pandang sebelah mata jek.sekarang kat universiti aku pun ada 1..nama dia gambang waterpark.so tak heran lah sangat. tak macam dulu2 jakun bukan kemain.hahahaahh

4.jaya jusco melaka: sebelum pindah melaka.....hanya shopping complex nie jerlah kami pergi kalau kami pergi melaka.biasa pergi nak hujung2 cuti sekolah sebab time tulah nak suping baju sekolah.dah penat2 pergi melepak makan ikan bakar kat umbai.makan ikan bakar memang feveret abah aku.tapi kitaorang layan gak.hahahahahahha

dan untuk pengetahuan korang tempat tue akan diulang untuk beberapa tahun.

7.bila time cuti sekolah ni...cyber cafe or kedai komputer pasti penuh dengan pengunjugn.memang membuat keuntungan berlipat ganda.aku masa dalam darjah enam dah pandai pergi 'cc' .yerlah rumah takda komputer...pastue pulak kalau yang ada komputer mesti takda internet sebab dulu siapa yang langgan internet mahal wo.tak macam sekarang.time kitaorang dulu femes main game half-file lah...counter strike r....apa macam game lah.aku sendiri pun dah tak hingat..aku pun suka main chart 'mIRC' .....tengah2 chart kantoi rupanya chat ngan orang sebelah...memang macam bengong!! hahaahahha

8.kalau dah cuti sekolah nie time bangun tidor jangan lah tipu kalau ada yang kata tak bangun lambat.aku sendiri pun biasa buat.hahahahahaha...tapi abah aku tegas kot.time subuh kene bangun.ko semayang dalam tidur ke apa ke janji kiteorang bangun solat subuh.kot ada yang buat tak dengar bersedia lah abah aku gegar pintu masing2.hahahahaa....tapi adik perempuan aku selalu selamat.sebab time 'bendera merah' lanyak lah kau tidur sampai matahari mencanak yerk.

9.sebelum cuti sekolah mesti cikgu dah bekalkan kami dengan kfc..mcd..pizza..tiket masuk ke genting dan macam2 lagi..tapi semua itu tipu.hahahaha...cikgu yang jenis berdedikasi nie suka membekalkan kerja sekolah yang berlambak2 yang pasti time cuti takkan buat.nama pun cuti.so takda makna nak buat homework.kesudah dekat tarikh sekolah nak buka time tue lah bertungkus-lumus nak menyiapkan kerja. time nie lah tunjuk kat kat mak abah kami semua FOKUS PADA PELAJARAN!!!! hahahahahahahhaha

ok dah lah.aku pun dah letih nak menaip
so korang.ada pengalaman selain seperti yang aku tulis diatas
jom sharing2 untuk gelak sama2.
ahahhahahahaah






0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home